Pages

Thursday

SEJARAH SUNNI DAN SYIAH, MENCARI KESUDAHAN

Taburan Muslim Sunni dan Syiah di Seluruh Dunia – sumber: Wikipedia 

Sukar bagi kita unutk mencari berkenaan bila wujudnya syiah dan bagaimana ia boleh berkembang menjadi satu. Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ‘pusat dunia’.
Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Friday

APA YANG KAU TAHU (HIDUP MAHU FIKIR)


Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Tuesday

POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

           
              Allah Taala berfirman (maksudnya), "Dan tidak sepatutnya semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan". At Taubah:122
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, "Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam". Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah Taala memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Monday

BERLAGU BIARLAH BERLIRIK (MOGA YANG BENAR TETAP BENAR)


PENGENALAN
Sejak daripada timbul dakwaan liwat kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kita sibukkan pula dengan isu sumpah, mubahalah, kesaksian dan perkara-perkara berkaitan. Terdapat banyak juga pandangan-pandangan daripada tokoh-tokoh agama seperti TG Dato’ Nik Abdul Aziz, TG Dato’ Seri Haji Abdul Hadi, Mufti Perlis, Mufti Perak, Dato’ Hasyim Yahya dan lain-lain. Dalam akhbar-akhbar ada memuatkan pandangan pemimpin-pemimpin negara mengenai isu tersebut.

Walaupun begitu, pandangan-pandangan tersebut dipetik secara terhad oleh media massa. Oleh itu, konsep keseluruhan tentang perkara ini tidak dapat ditanggapi oleh orang ramai. Ini membuka ruang kepada salah faham dan silap tanggapan dalam menilai pandangan-pandangan tersebut. Ada yang melihatnya sebagai saling bercanggah dan tidak konsisten. Ada juga yang mencampur adukkan beberapa konsep yang berbeza dalam membuat kesimpulan.

Ada juga pandangan yang terlalu jelas membesarkan isu tentang sahnya lafaz sumpah Saiful, tetapi tidak langsung mengaitkannya dengan hukum hudud mengenai liwat dan qazaf yang menjadi punca dan sebab kenapa Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat di masjid Wilayah Persekutuan. Iaitu pandangan mufti Wilayah Persekutuan Dr. Wan Zahidi Wan Teh.

Artikel ini bertujuan untuk meleraikan permasalahan tersebut dengan memberikan latar belakang tentang beberapa istilah syara’ yang digunakan oleh para ulama ketika memberikan komentar terhadap isu ini. Ini akan memudahkan kita memahami istilah dan konsep yang digunakan sehingga kita mampu menanggapi konsep keseluruhan terhadap isu yang dibangkitkan. Akhir sekali disertakan sedikit pandangan dan ulasan penulis mengenai isu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...